Sah! Dua bayi tertukar

Sah! Dua bayi tertukar

Sah! Dua bayi tertukar
SITI Maulia menyedari bayi itu bukanlah anaknya selepas ujian DNA di sebuah makmal di Jakarta. FOTO Agensi

Jakarta: Suasana emosi menyelubungi Balai Polis Bogor, Cinibong, Jawa Barat, semalam, apabila dua ibu berpelukan dalam kesyukuran selepas isu dua bayi mereka yang tertukar pada 18 Julai tahun lalu akibat kelalaian staf Hospital Sentosa, Bogor, akhirnya terungkai.

Kompas melaporkan, polis mengesahkan identiti sebenar dua bayi dan siapa ibu kandung mereka berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Polis turut mengesahkan dua bayi lelaki itu tertukar selepas dilahirkan pada Isnin 18 Julai 2022 di Hospital Sentosa, Kemang, Bogor, Jawa Barat oleh dua wanita iaitu Siti Maulia, 37, dan seorang lagi dikenali sebagai DP, 33.



Sejak itu, Siti Maulia dan DP berpisah dengan anak kandung masing-masing.

Detik penuh emosi dirakam apabila kedua-dua ibu kepada bayi yang bertukar, menangis sambil berpelukan selepas mengetahui keputusan ujian DNA itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




Pertemuan yang diadakan secara tertutup itu diwarnai dengan deraian air mata.

Ibu bapa bayi itu sebak apabila mengetahui keputusan ujian DNA. Kedua-dua bayi lelaki itu akhirnya disatukan dengan ibu bapa asal mereka di bilik ketua polis.

Ketua Polis Bogor, Rio Wahyu Anggoro berkata, berdasarkan keputusan DNA, jelas didapati 99.9 peratus bahawa bayi itu memang tertukar.

Katanya, ibu bapa bayi yang hadir diiringi peguam,



Hadir sama, Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy.

“Kedua-dua keluarga menerima keputusan bahawa proses pemulangan dua bayi yang ditukar kepada ibu masing-masing akan dijalankan secara berperingkat. Bayi lelaki itu akan diserahkan (kepada keluarga kandung) pada bulan depan.

“Persetujuan bersama dibuat mengenai jadual penjagaan, setiap tarikh seperti garis masa supaya proses ikatan antara ibu bapa dan anak-anak terjalin antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kisah Siti Maulia dan suami, M Thabrani yang mendedahkan bayi lelaki mereka disyaki tertukar di Hospital Sentosa, Bogor, Jawa Barat, pada 18 Julai tahun lalu.



Insiden itu hanya terbongkar setahun kemudian selepas Siti Maulia melakukan ujian DNA di makmal Cempaka Putih, Jakarta.

Sah! Dua bayi tertukar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button