Lelaki terselamat selepas dipanah petir dua kali

Lelaki terselamat selepas dipanah petir dua kali

Lelaki terselamat selepas dipanah petir dua kali
LIU Nan mengalami luka lecur akibat dipanah petir sebanyak dua kali. FOTO Agensi

Beijing: Seorang lelaki di China, baru-baru ini, boleh menganggap dirinya amat bertuah kerana masih hidup selepas dua kali dipanah petir dalam masa kurang lima minit.

Ini kerana peluang seseorang untuk hidup akibat disambar petir semasa hayatnya, nisbahnya kira-kira satu dalam 15,300, dan peluang hidup untuk yang disambar petir sebanyak dua kali adalah jauh lebih rendah.

Oddity Central melaporkan terdapat sebab mengapa dikatakan kilat atau petir tidak pernah menyambar di tempat yang sama dua kali.



Namun, kadangkala perkara yang luar biasa berlaku, seperti berlaku kepada Liu Nan yang disambar petir dua kali dalam masa kurang lima minit sahaja.

Liu berada di luar rumahnya di Zunyi, Wilayah Guizhou, China semasa ribut petir pada bulan lalu, apabila dia melihat cahaya putih sebelum hampir tidak sedarkan diri dan rebah ke tanah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




Dia hampir tidak mempunyai masa untuk mengingati apa yang berlaku kepada dirinya, apabila tiba-tiba sekali lagi, dia melihat cahaya terang.

Lelaki itu dibawa ke hospital tempatan di mana doktor mengesahkan dia disambar petir bukan sekali tetapi dua kali.

Liu mempunyai kesan melecur tahap ketiga pada kaki, pinggang dan punggung.

“Saya baru sahaja disambar petir pada masa itu, dan mengambil masa beberapa saat untuk bangun. Kemudian cahaya itu datang lagi, dan kilat itu menyambar ketika saya berbaring di atas tanah.



“Walaupun saya sedar terkena panahan petir, saya tidak tahu bahawa seluruh tanah turut dipanah petir,” katanya.

Sambaran petir biasanya menyebabkan kerosakan teruk pada kulit mangsa, dan kes Liu tidak berbeza yang menyebabkan dia melecur tahap ketiga dan dia masih bergelut dengan kecederaan itu.

Kira-kira sebulan selepas kejadian itu, luka melecur pada tubuh lelaki itu masih belum sembuh. Apa pun nasibnya baik, keadaan Liu kini stabil dan amat bertuah kerana masih hidup.

Lelaki terselamat selepas dipanah petir dua kali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button