Kereta tak dapat, RM103,929 lesap

Kereta tak dapat, RM103,929 lesap

Kereta tak dapat, RM103,929 lesap
KUANTAN: Seorang juruteknik kerugian RM103,929 selepas terpedaya dalam urusan jual beli kenderaan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 36 tahun tertarik dengan tawaran membeli Mercedes GLC 300 yang diiklankan di Facebook pada harga RM65,500, 22 Jun lalu.

Katanya, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas melakukan 24 transaksi kepada empat akaun yang berbeza sehingga menyebabkan kerugian RM103,929.

“Siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Dalam kes lain, beliau berkata, seorang warga emas berusia 75 tahun kerugian RM140,600 selepas terpedaya sindiket Phone Scam pada 11 Ogos lalu.

Berdasarkan laporan, wanita itu menerima panggilan telefon daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memaklumkan mangsa mempunyai bil tunggakan elektrik di Beserah.

“Selain itu, mangsa juga dikatakan terbabit dalam pengubahan wang haram dan juga kegiatan penjualan dadah.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis untuk tujuan siasatan dan mangsa juga telah memberikan butiran akaun bank serta nombor kod pengesahan transaksi (TAC).



“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati sebanyak 15 transaksi dibuat dalam akaun peribadinya kepada beberapa akaun yang belum dikenalpasti sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM140,600.

“Sumber kewangan adalah wang simpanan dan wang simpanan Amanah Saham Bumiputra (ASB),” katanya.

Yahaya berkata, dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai sentiasa membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https:// semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.



Kereta tak dapat, RM103,929 lesap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading