Kongsi Rahsia Taktik Memikat Syamsul Yusof

Ira Kazar Tayang ‘Skill’ Masak Sambal Sotong Kegemaran Suaminya

Kongsi Rahsia Taktik Memikat Syamsul Yusof

Kongsi Rahsia Taktik Memikat Syamsul Yusof, Ira Kazar Tayang ‘Skill’ Masak Sambal Sotong Kegemaran Suaminya
Kongsi Rahsia Taktik Memikat Syamsul Yusof, Ira Kazar Tayang ‘Skill’ Masak Sambal Sotong Kegemaran Suaminya

Semakin aktif dan terbuka dalam media sosial, isteri pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat kerap ‘tayang’ skil memasak buat suami tercinta.

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin nyata tampak teruja berkongsi foto juadah air tangannya iaitu sambal sotong kegemaran pengarah sensasi itu.

Kongsi Rahsia Taktik Memikat Syamsul Yusof



“Sambal sotong favourite (kesukaan) suamiku,” kongsi Ira menerusi perkongsian dalam Instastory.

Difahamkan, pengikut mula membanjiri direct message (DM) yang meminta resepi sambal sotongnya.

Selepas berkongsi resepi tersebut, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu membuka ruangan pertanyaan tentang lauk masakannya.

Selain itu, pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin tidak lokek berkongsi resepi kepada pengikut di media sosial.



Kongsi Rahsia Taktik Memikat Syamsul Yusof

 

Menurut Ira, dia menggunakan 11 bahan untuk penyediaan juadah tersebut.

Antaranya adalah sotong, cili boh, bawang merah, bawang putih, bawang holland, asam jawa, sos cili, kicap manis, garam, gula dan mushroom seasoning powder.



Anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi ini juga turut memberi tips kepada warganet untuk menghilangkan rasa hanyir pada sotong. Menurut Ira, sotong akan direbus dahulu dengan asam keping selama beberapa minit.

Dalam pada itu, kata Ira lagi, untuk mendapatkan kuah sambal yang pekat perlu dimasak dalam tempoh yang lama dengan baraan api tahap sederhana.

Sebelum ini, Ira, 28, turut mendapat pujian kakak kandung iaitu Yasmin Kazar mengenai sotong tumisnya.

Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 6 Januari lalu di Thailand dan berwalikan Kazar.



Perkahwinan itu secara tidak langsung menjadikan Ira sebagai isteri kedua kerana Puteri Sarah Liyana ketika itu masih isterinya yang sah.

Namun, ikatan Syamsul dan Sarah terlerai pada 14 Jun lalu setelah naik turun mahkamah sekaligus menjadikan Ira kini satu-satunya isteri sutradara sensasi itu

Kongsi Rahsia Taktik Memikat Syamsul Yusof


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading