2.7 juta pengundi pilih presiden ke-9 Singapura hari ini

2.7 juta pengundi pilih presiden ke-9 Singapura hari ini

2.7 juta pengundi pilih presiden ke-9 Singapura hari ini
PENGUNDI beratur di pusat mengundi untuk memilih presiden Singapura kesembilan. FOTO Reuters

Singapura: Lebih 2.7 juta rakyat Singapura hari ini akan memutuskan siapa antara tiga calon yang akan menjadi presiden kesembilan republik itu.

Tiga calon itu terdiri bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd Ng Kok Song, bekas Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd Tan Kin Lian dan bekas Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD), Presiden ialah Ketua Negara dan memegang jawatan selama enam tahun.



Presiden mempunyai dua peranan penting – sebagai simbol dan penyatu Singapura yang berbilang kaum serta sebagai penjaga rizab lampau Singapura dan integriti perkhidmatan awam.

Pilihan raya Presiden Singapura yang pertama diadakan pada 28 Ogos 1993.

Presiden Halimah Yacob yang bakal menamatkan tugasnya, berkhidmat sebagai presiden kelapan Singapura sejak 2017.

Pada Mei lepas, Halimah yang juga presiden wanita pertama dalam sejarah Singapura mengumumkan beliau tidak bertanding semula.



Penggal perkhidmatannya tamat pada 13 September.

Pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi hari Jumaat dan ditutup pada 8 malam.

Sebanyak 1,264 pusat mengundi dibuka di seluruh negara dengan kira-kira 36, 000 pegawai pilihan raya ditugaskan di seluruh republik itu.

2.7 juta pengundi pilih presiden ke-9 Singapura hari ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading