Andalusia tawar diskaun RM500 untuk pakej umrah

Andalusia tawar diskaun RM500 untuk pakej umrah

Andalusia tawar diskaun RM500 untuk pakej umrah
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) buat julung kalinya menawarkan diskaun sehingga RM500 kepada individu yang mahu mengerjakan umrah.

Lembaga Pemasaran dan Jualannya, Izzati Ibrahim berkata, diskaun boleh diperoleh oleh individu yang berdaftar di reruai syarikat itu semasa berlangsungnya Matta Fair 2023 bermula 1 sehingga 3 September ini.

Selain itu katanya, diskaun ini juga terpakai bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan berdaftar di 47 cawangan Andalusia, selama tiga hari itu.



“Sesiapa yang mempunyai kekangan masa atau jauh (seperti) Kelantan atau utara, boleh berdaftar di cawangan yang berdekatan untuk dapatkan diskaun sama seperti di booth Matta Fair.

Matta Fair 2023 yang bermula hari ini sehingga Ahad diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec) di sini.

Mengulas lanjut, Izzati berkata, pengunjung yang mengunjungi reruai pada Matta Fair kali ini juga berpeluang untuk memperoleh pakej percuma ibadah umrah

“Sesiapa yang nak merebut peluang ini, mestilah datang ke Matta Fair sendiri dan isikan di pangkalan data kami supaya boleh layak mendapat umrah percuma tajaan 100 peratus daripada Andalusia,” katanya.

Beliau turut menyasarkan seramai 5,000 bakal jemaah yang mahu mengerjakan umrah akan berdaftar di Matta Fair dan 47 cawangannya sepanjang tiga hari promosi ini.



Izzati juga menyasarkan seramai 20,000 orang akan mengunjungi reruai Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd pada kali ini.

Andalusia tawar diskaun RM500 untuk pakej umrah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button