Fais Al-Hajari minta Puteri Sarah berhenti hasut wanita.
Jangan over! Ini jawab bekas isteri Syamsul Yusof
Fais Al-Hajari minta Puteri Sarah berhenti hasut wanita.

PEMPENGARUH media sosial Fais Al-Hajari tampil menegur kenyataan pelakon Puteri Sarah Liyana berhubung isu poligami yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Fais, 43, turut meminta agar aktres berkenaan tidak menyamakan sejarah rumah tangganya dengan pasangan lain kerana setiap orang mempunyai kisah berbeza.
Malah Fais yang juga mempunyai dua orang isteri berpendapat tindakan Puteri Sarah itu mampu membuatkan rumah tangga orang lain musnah disebabkan nasihat diberikan.

“Puteri Sarah Liyana, saya nak nasihatkan satu saja. Jangan over! Memang rumah tangga anda hancur dan memang kehancuran itu disebabkan antara lain oleh sikap si lelaki.
“Tapi itu tak bermakna anda ada hak untuk mempengaruhi wanita-wanita lain untuk menghancurkan rumah tangga mereka pula.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor
- Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Ekstrimis Agama Meracuni Pemikiran Rakyat?
- Hadi Awang Penunggang Agama?
“Hanya kerana anda pernah jadi ‘mangsa’ maka tak semestinya anda ada segala hak untuk bersuara dan orang lain tak boleh sanggah anda,” katanya.
Fais berkongsi perkara itu menerusi laman Facebook miliknya yang memaparkan kenyataan Puteri Sarah dalam menasihati para isteri agar mengundurkan diri sekiranya terasa dianiaya di dalam perkahwinan.
Kenyataan itu dibuat Puteri Sarah berkenaan isu pempengaruh media sosial Abang Tesla yang turut berpoligami.
Menjawab tuduhan itu, Puteri Sarah menegaskan dia tidak pernah menghasut mana-mana wanita yang hidup berpoligami untuk meninggalkan perkahwinan mereka.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan dia juga bukan seorang wanita anti poligami sebaliknya hanya memberi nasihat kepada kaum wanita agar menjadi bijak terutamanya bagi mereka yang teraniya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Silakan yang nak berpoligami itu tidak salah yang salah adalah lelaki berpoligami tapi tidak memiliki tanggungjawab sesuai syariat agama Islam.
“Jadi kalau lelaki membaca ini dengan tanggapan negatif, berhati busuk maka andalah yang bermasalah atau anda ada buat salah dengan isteri sampai takut dengan kenyataan ini.
“Saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah itu kan… Faham ke tidak kenyataan saya?,” katanya menerusi hantaran di Facebook bagi menjawab kenyataan Fais.
Fais Al-Hajari minta Puteri Sarah berhenti hasut wanita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :