Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia
Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia

SIK: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di kawasan berbukit di kebun getah FELDA Teloi Timur, di sini hari ini.
Terdahulu, mangsa, 73, ditemui anaknya yang berusi 25 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika keluar mencari warga emas yang dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menoreh kira-kira jam 7 pagi.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, anak mangsa menghubungi hospital sebelum pasukan perubatan dari Hospital Sik tiba di lokasi dan mengesahkan warga emas itu sudah meninggal dunia
Beliau berkata, berdasarkan maklumat mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
“Siasatan di lokasi tidak mengesan sebarang unsur jenayah atau khianat dan mayat warga emas itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut,” katanya.
Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :