Dua rakan dipenjara setahun tipu tawar bayi jadi anak angkat

Dua rakan dipenjara setahun tipu tawar bayi jadi anak angkat

Dua rakan dipenjara setahun tipu tawar bayi jadi anak angkat
DUA orang rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas kesalahan memperdaya seorang lelaki berkenaan tawaran untuk mendapatkan anak angkat. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN: Dua orang rakan dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas kesalahan memperdaya seorang lelaki berkenaan tawaran untuk mendapatkan anak angkat dalam kejadian di Sendayan, Julai lalu.

Tertuduh, G. Gayathree, 32, dan Aliyah Begum Selvam, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan secara bersama, mereka telah didapati menipu seorang lelaki berusia 37 tahun bagi mendapatkan wang dengan menawarkan urusan pengambilan anak angkat dengan cara meminta bayaran sehingga tujuh transaksi sebanyak RM7,900 ke dalam akaun bank.



Kesalahan itu dilakukan pada 15 Julai lalu di sebuah rumah di Taman Ara Sendayan.

Oleh itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama di mana boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta denda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark




Berdasarkan fakta kes, pengadu telah berhubung dengan tertuduh dalam urusan untuk mendapatkan anak angkat pada tarikh berkenaan.

Tertuduh menyatakan terdapat bayi perempuan untuk dijadikan anak angkat yang berasal dari keluarga susah dan pengadu bersetuju dengan proses yang perlu dibayar bagi mendapatkan anak angkat.

Pengadu diminta membuat pembayaran berjumlah RM4,000 bagi pendahuluan untuk pengesahan ingin mengambil bayi perempuan berkenaan dan pengadu diminta membuat beberapa kali lagi pembayaran ke akaun bank yang sama bagi mendapatkan anak angkat yang dijanjikan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM7,900.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – UTUSAN



Dua rakan dipenjara setahun tipu tawar bayi jadi anak angkat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading