EFL: Chelsea ‘berpeluh’ jinakkan Wimbledon

EFL: Chelsea ‘berpeluh’ jinakkan Wimbledon

EFL: Chelsea ‘berpeluh’ jinakkan Wimbledon
MADUEKE (kanan) dan Fernandez menyelamatkan Chelsea daripada diaibkan apabila meledak dua gol ketika menewaskan Wimbledon awal pagi semalam. – FC CHELSEA

LONDON – Chelsea terpaksa membawa masuk dua pemain termahal Liga Perdana Inggeris (EPL), Moises Caicedo dan Enzo Fernandez untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan divisyen keempat England, AFC Wimbledon.

Caicedo dibeli daripada Brighton dengan harga £115 juta (RM679.02 juta) dua minggu lepas, manakala Fernandez hadir ke Chelsea menerusi yuran perpindahan bernilai £107 juta (RM631.78) dari Benfica pada Januari lalu.

Kemasukan mereka dalam babak kedua membolehkan The Blues bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Wimbledon pada pusingan kedua Piala Liga Inggeris (EFL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.



Pengurus Wimbledon, Johnnie Jackson berbangga dengan barisan pemainnya kerana berjaya memaksa pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino membawa masuk dua bintangnya itu untuk menewaskan mereka.

“Pengurus mereka (Pochettino) mengharapkan beliau tidak perlu menggunakan dua pemain itu menentang kami. Ini membuktikan kami berjaya memaksa beliau untuk menurunkan dua pemain itu.

“Cumanya saya sedikit kesal kerana para pemain tidak menekan Chelsea habis-habisan sebelum mereka berdua dimasukkan di separuh masa kedua,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pochettino menurunkan ramai pemain daripada skuad simpanan kecuali penjaga gol, Robert Sanchez, Levi Colwill, Conor Gallagher dan Noni Madueke dalam kesebelasan utama.

Ia membawa padah apabila Wimbledon berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti James Tilley pada minit ke-19 sebelum Madueke menyamakan kedudukan buat Chelsea di penghujung babak pertama.



Chelsea yang kini semakin hampir untuk menandatangani bintang muda Manchester City, Cole Palmer, akhirnya berjaya mengesahkan kemenangan 2-1 menerusi gol daripada Fernandez pada minit ke-72. – AGENSI

EFL: Chelsea ‘berpeluh’ jinakkan Wimbledon


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading