Bayi berusia 45 hari antara dua maut kemalangan di Pagoh

Bayi berusia 45 hari antara dua maut kemalangan di Pagoh

Bayi berusia 45 hari antara dua maut kemalangan di Pagoh
Keadaan kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 144.40, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, awal pagi tadi. Foto ihsan PDRM

MUAR: Dua termasuk bayi lelaki berusia 45 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 144.40, Lebuharaya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku pada jam 3.10 pagi apabila sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 20 tahun dipercayai terbabas di tengah-tengah lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pada masa sama sebuah lagi motosikal dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuhnya, diikuti kereta jenis Mercedes Benz dinaiki lima sekeluarga turut gagal mengelak lalu merempuh kedua-dua penunggang terbabit.



“Rempuhan itu menyebabkan kereta terbabit terbabas ke tepi jalan. Seorang penunggang maut di tempat kejadian, manakala bayi lelaki terbabit meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Raiz Mukhliz berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bayi berusia 45 hari antara dua maut kemalangan di Pagoh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading