SP Setia beli tanah di Sydney RM220j

SP Setia beli tanah di Sydney RM220j

SP Setia beli tanah di Sydney RM220j
20 Atchison St terletak di lokasi strategik di kejiranan St Leonard.

Kuala Lumpur: SP Setia Bhd (SP Setia) merekodkan pencapaian baharu bagi segmen sektor hartanah luar negaranya di Australia apabila berjaya mengembangkan dan membeli tapak tanah perdana di Sydney, New South Wales.

Kejayaan itu adalah penerokaan sulung SP Setia di New South Wales, sekali gus mengukuhkan lagi portfolio perniagaan hartanah luar negaranya serta mewujudkan kehadiran kukuh syarikat Malaysia dalam pasaran hartanah negara itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SP Setia, Datuk Choong Kai Wai berkata, pemerolehan tanah yang terletak di 20 Atchison Street itu adalah langkah yang menarik dan strategik untuk pemaju hartanah itu di Australia.



“Kami sangat berbangga dengan kejayaan kumpulan dalam pasaran hartanah Australia. Ini adalah kesinambungan daripada projek kumpulan di negara berkenaan seperti projek ikonik Melbourne: Fulton Lane, Parque, Uno dan Sapphire.

“Projek itu bukan sahaja menetapkan piawaian tertinggi, tetapi datang untuk mentakrifkan jenama SP Setia di Australia, yang terkenal dan terbukti dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada penyiapan dan kualiti tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dulu Mahathir tunggang DAP, hari ini Mahathir tunggang PAS




Kai Wai berkata, pengambilalihan itu mewakili peluang yang jarang berlaku untuk SP Setia, terletak di lokasi strategik dengan masa penyelesaian projek yang sangat baik membabitkan kos A$73.3 juta (RM220 juta).

Beliau berkata, langkah berhemat itu mengukuhkan lagi komitmen SP Setia untuk meneruskan pertumbuhan serantau dan menyumbang kepada saluran pendapatan masa hadapan kumpulan.

SP Setia, katanya, akan membangunkan pembangunan kediaman dengan komersial sekunder dan runcit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak A$236 juta (RM708 juta).

SP Setia beli tanah di Sydney RM220j


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button