Warga Brunei maut kereta terjatuh dari jambatan

Warga Brunei maut kereta terjatuh dari jambatan

Warga Brunei maut kereta terjatuh dari jambatan
Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan kedua-dua mangsa yang terperangkap dalam kereta selepas kenderaan dinaiki terjatuh dari jambatan berhampiran Nanga Merit di Jalan Sagan petang semalam. – Foto ihsan Bomba

LIMBANG: Seorang warga Brunei maut manakala rakannya parah selepas kereta yang dinaiki dua lelaki itu terjatuh dari jambatan lalu terjunam ke dalam sungai di Nanga Meret Sungai Sagan di sini, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan, Para Jack, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai paramedik Kementerian Kesihatan (KKM) manakala rakannya, 56 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.34 petang.



“Setibanya di lokasi didapati kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 5.45 petang dan mengalami cedera parah manakala mangsa kedua dikeluarkan pada jam 6.25 petang namun disahkan meningggal dunia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala rakannya yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Limbang.

Warga Brunei maut kereta terjatuh dari jambatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading