Badan induk itu tidak meletakkan harapan tinggi, cukup sekadar 19 atletnya memenuhi sasaran memenangi satu pingat gangsa selepas hampa pulang dengan tangan kosong dalam tiga edisi terdahulu.
Kali terakhir kem olahraga memenangi pingat adalah pada edisi 2006 di Doha, Qatar dengan kejayaan satu perak menerusi Roslinda Samsu (lompat bergalah) dan satu gangsa Noraseela Mohd Khalid (400 meter lari berpagar).
Pengurus Besar KOM, Nur Hayati Karim menjelaskan, perancangan kali ini dibuat bagi memastikan barisan atlet dapat menghadirkan keputusan yang positif di bumi Hangzhou nanti.
“Cuma pihak kami masih lagi memperincikan kem pusat akhir untuk semua atlet sebelum mereka berlepas ke Hangzhou pada 26 dan 27 September ini. Kita akan tentukan tarikh itu dalam tempoh seminggu ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun
Tiga pemegang rekod kebangsaan, Jackie Wong Siew Cheer (baling tukul besi), Grace Wong Xiu Mei (baling tukul besi) dan Queenie Ting Kung Ni (lempar cakera) ketika ini berlatih di China.
Pemegang rekod heptatlon, Norliyana Kamaruddin pula masih berada di Jerman menjalani latihan untuk acara lompat tinggi yang bakal disertainya nanti.
Jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin bakal menyertai latihan bintang 400m negara, Umar Osman di Singapura, manakala barisan pecut lelaki dan wanita akan berlepas ke Indonesia esok.