Lelaki warga asing jadi along ditahan

Lelaki warga asing jadi along ditahan

Lelaki warga asing jadi along ditahan
Lelaki warga asing jadi along ditahan

GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini, Rabu lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 27 itu bekerja sebagai operator kilang di kawasan Bayan Lepas sejak 2014 dengan menggunakan pas lawatan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menjalankan kegiatan along sejak tahun lalu dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.



“Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sama ada suspek turut melakukan ugutan jenayah jika peminjam gagal membayar hutang.– BERNAMA

Lelaki warga asing jadi along ditahan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading