Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan bekas tentera diberi ganti rugi
Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan bekas tentera diberi ganti rugi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan seorang bekas anggota tentera diberi ganti rugi RM300,000 akibat penahanan dalam lokap oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 311 hari pada 2014.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong memutuskan keputusan berkenaan secara sebulat suara.
Azizah berkata, pihaknya mendapati Pesuruhjaya Kehakiman ketika itu, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas, tersilap membuat tafsiran mengikut Seksyen 96(3) Akta Angkatan Tentera 1972 ketika memutuskan ganti rugi berkenaan.
“Kami membenarkan rayuan (kerajaan) dan ketepikan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi itu.
“Sebelum ini, Mahkamah Tinggi arahkan (kerajaan) bayar kos RM30,000 dan hari ini kami mengarahkan kos RM40,000 dibayar kepada pihak terbabit,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pelangai – UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan
- Berapa orang ‘mati’ di P026 Ketereh hari ini?
- MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid
Pada 12 September tahun lalu, Mohamad Abazafree mengarahkan bekas anggota tentera itu, Mohamad Maliki Abdul Halim, 36, diberi ganti rugi am, khas dan teladan teruksebanyak RM300,000.
Beliau menerusi penghakiman dilaporkan berkata, penahanan yang dibuat adalah tidak sah dan berlaku kepincangan dalam prosedur tindakan tatatertib yang dibuat secara semberono.
Mohamad Maliki selaku plaintif memfailkan saman pada Mei 2018, dengan menamakan Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd Aziz; pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia; Panglima Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Menerusi penyataan tuntutan saman, satu operasi pencegahan dadah dilakukan terhadap 26 anggota termasuk Mohamad Maliki pada Mac 2014 dan hasil operasi itu, sembilan anggota termasuk plaintif positif dadah.
Plaintif dibicarakan dan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tentera sebelum dikenakan tahanan ketat dengan diletakkan dalam bilik lokap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen PN
- Kes IPIC, adakah Najib akan beroleh keadilan?
- YDP Agong ucap terimakasih kepada Najib untuk Pan Borneo
Plaintif ketika itu bertugas sebagai anggota Renjer Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja Kem Desa Pahlawan.
Sebelum Mahkamah Rayuan membuat keputusan berkenaan, Peguam Kanan Persekutuan (SFC) mewakili semua defendan yang juga perayu, Nur Ezdiani Roleb, berhujah penahanan terhadap plaintif adalah teratur dan sah.
“Kami menyangkal sebarang ketidakadilan dan dakwaan tindakan semberono defendan yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa.
“Pihak defendan ikut semua prosedur undang-undang dan oleh kerana tiada penyalahgunaan kuasa, plaintif tidak berhak mendapat sebarang bentuk ganti rugi,” katanya.
Sementara itu, peguam bela Mohamad Maliki, Shaharuddin Mohamed, berkata pihak yang ada kuasa perlu bertindak dalam kerangka undang-undang disediakan.
“Pelaksanaan kuasa secara semberono adalah suatu yang terjumlah sebagai penyalahgunaan kuasa yang sepatutnya dicegah,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :