Rancang bina loji minyak asas pelincir baharu di Jawa Tengah

Rancang bina loji minyak asas pelincir baharu di Jawa Tengah

Rancang bina loji minyak asas pelincir baharu di Jawa Tengah
HEZLINN (tiga dari kiri) dan Johan (dua dari kiri) memegang dokumen JSA yang dimeterai Petronas Lubricants International dan PT KPI.

PETRONAS Lubricants International (PLI) dan PT Kilang Pertamina Internasional (PT KPI) baru-baru ini memeterai Perjanjian Kajian Bersama (JSA) bagi meneroka kemungkinan membangunkan loji minyak asas pelincir baharu di Unit Penapisan (RU) IV Cilacap, Jawa Tengah.

Kerjasama strategik ini menyaksikan kedua-dua syarikat melaksanakan kajian daya maju terperinci dan teknikal yang dijangka menampung permintaan pasaran Indonesia selain pasaran serantau yang berkembang termasuk China dan Asia Tenggara, dengan keputusan pelaburan dijangka dimuktamadkan menjelang 2025.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas Lubricants International, Hezlinn Idris berkata, JSA itu sebahagian usaha strategik lebih besar syarikat untuk melengkapi dan mengembangkan portfolio minyak asas pelincir gred tinggi sedia ada.



“Menerusi kerjasama ini, kami memanfaatkan kekuatan, keupayaan, rangkaian perniagaan sedia ada satu sama lain, bagi menjangkau pelanggan dengan lebih baik dan pantas.

“Kami percaya JSA ini menyediakan kedua-dua syarikat dengan peluang tambahan untuk meneroka pasaran yang belum diterokai dan seterusnya mengembangkan kehadiran di rantau ini sebagai pemimpin dalam teknologi pelinciran,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan




Pengarah Perancangan Perniagaan & Pembangunan PT KPI, Johan NB Nababan, syarikat itu berbangga untuk bekerjasama dengan Petronas Lubricants International, dalam pada ia meninjau peluang bersinergi bagi mengembangkan lagi kehadirannya di rantau ini.

“Terdapat banyak potensi berkembang dan menerokai teknologi pelinciran, dan kami gembira bahawa kerjasama ini membuka banyak kemungkinan untuk kami,” katanya.

Sebuah anak syarikat PT Pertamina (Persero), PT KPI adalah syarikat penapisan dan petrokimia penting di Asia Tenggara yang menumpukan untuk melabur serta menguruskan operasi Pertamina membabitkan transformasi minyak, gas asli, biofuel, dan sumber lain menjadi bahan api bernilai, pelincir, petrokimia serta produk farmaseutikal.

Loji itu berkeupayaan untuk memproses bahan mentah sedia ada daripada RU IV Cilacap, mengeluarkan 800 tan sehari minyak asas pelincir gred tinggi selain produk tambahan seperti diesel, nafta dan gas petroleum cecair (LPG).



Minyak asas kebanyakannya digunakan untuk mengeluarkan produk termasuk gris, minyak motor dan cecair pemproses logam.

Rancang bina loji minyak asas pelincir baharu di Jawa Tengah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button