‘Ingatkan bunyi bom, rupanya kedai runcit terbakar’
‘Ingatkan bunyi bom, rupanya kedai runcit terbakar’

PASIR MAS: “Saya sangkakan letupan kuat yang didengari adalah bunyi bom atau kemalangan jalan raya tapi rupanya kebakaran kedai runcit di hadapan rumah,” kata Norhaslina Mohd Noor, saksi kejadian di Kampung Teliar, pagi tadi.
Norhaslina, 36, berkata keluarganya terkejut dari tidur apabila terdengar letupan akibat kebakaran itu kira-kira jam 4.10 pagi tadi.
“Saya terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan sangat terkejut mendapati kedai runcit di hadapan rumah sedang terbakar dengan keadaan api sedang marak.
“Saya mengarahkan semua ahli keluarga keluar kerana bimbang api merebak dan dalam masa yang sama takut berlaku letupan lagi, berkemungkinan daripada gas peti ais dalam premis itu,” katanya ditemui hari ini.
Pemilik kedai runcit, Safuan Mohd Nordin, 33, berkata seorang rakan datang ke rumah memaklumkan premis yang diusahakannya sejak lima tahun lalu sedang terbakar.
“Saya baru perasan ada banyak panggilan tidak berjawab yang mungkin ingin memberitahu mengenai kejadian itu.
“Saya segera ke kedai runcit kira-kira dua kilometer dari rumah dan sangat terkejut dengan musibah yang menimpa.
“Kerugian dianggarkan sekitar RM50,000 termasuk lapan peti ais dan peti sejuk beku yang musnah dalam kebakaran itu,” katanya.
Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.23 pagi.
“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya jam 6.15 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
‘Ingatkan bunyi bom, rupanya kedai runcit terbakar’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :