Langkah kanan debut Neymar
Langkah kanan debut Neymar

RIYADH – Bintang Brazil, Neymar akhirnya turun membuat debut bersama Al-Hilal yang berpesta gol membelasah Al-Riyadh 6-1 pada aksi Liga Pro Arab Saudi di Stadium Putera Faisal bin Fahd awal pagi semalam.
Bagaimanapun, para peminat Al-Hilal kecewa tidak dapat menyaksikan penyerang prolifik berusia 31 tahun itu mencetak gol pertamanya bersama kelab tersebut sejak berhijrah daripada Paris Saint-Germain (PSG) bulan lalu.
Neymar berpeluang mengukir nama sebagai salah seorang penjaring selepas Al-Hilal dianugerahkan sepakan penalti pada lewat permainan, namun mengejutkan ramai apabila Salem Al Dawsari yang mengambilnya.
Situasi itu kurang disenangi oleh para peminat Al-Hilal apabila kedengaran cemuhan di seluruh stadium sebagai tanda protes dan kecewa Neymar yang hadir dengan gaji £130 juta (RM754 juta) setahun tidak mengambilnya.
Biarpun tidak menjaringkan gol tetapi bekas bintang Barcelona dan Santos itu membuktikan Al-Hilal membuat keputusan tepat mendapatkan khidmatnya dalam misi memburu kejuaraan musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pelangai – UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan
- Berapa orang ‘mati’ di P026 Ketereh hari ini?
- MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid
Pesta gol Al-Hilal dalam aksi itu bermula dengan jaringan Aleksandar Mitrovic pada minit ke-30 diikuti Yasser Alshahrani (m-45+4), Nasser Aldawsari (m-68) dan Malcom (m-83).
Salem Al Dawsari melengkapkan kemenangan besar dengan tambahan dua lagi gol termasuk sepakan penalti pada penghujung perlawanan, sekali gus melonjakkan Al-Hilal ke carta teratas Liga Pro Arab Saudi. – AGENSI
Langkah kanan debut Neymar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :