Remaja lemas mandi sungai
Remaja lemas mandi sungai
KOTA TINGGI: Seorang remaja ditemui lemas ketika mandi di sungai dekat kawasan perkampungan Kampung Baru FELDA Sungai Mas, Bandar Penawar, di sini pagi tadi.
Muhammad Izwan Shah Nazeri, 13, dikatakan bersama tiga rakan lain mandi di sungai paya bakau berkenaan sebelum rakannya menyedari dia lemas.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Abd Rani, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berkaitan mangsa lemas pada jam 10.12 pagi.
“Mangsa dikesan orang awam dan telah dibawa ke kawasan selamat oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, ketika dihubungi memaklumkan kes disiasat mengikut laporan mati mengejut.
Remaja lemas mandi sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :