Seorang maut, 4 cedera, kereta bergesel di simpang empat
Seorang maut, 4 cedera, kereta bergesel di simpang empat
PONTIAN: Seorang maut, manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 11 Jalan Tanjung Bin Permas, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib, berkata kemalangan berlaku pada jam 9.10 malam apabila dua kenderaan terbabit yang datang dari arah bertentangan, tiba di simpang empat yang tiada papan tanda ‘berhenti’ dan tanda garisan.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kereta Honda CRV yang datang dari arah Tanjung Bin ke pekan Permas dan kereta Mercedes Benz dari arah Lorong Haji Sakyon masing-masing berlanggar di bahagian tepi dan kanan kenderaan.
“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Honda CRV meninggal dunia di lokasi kejadian dan empat yang lain cedera.
“Semua mangsa berbangsa Cina yang berusia antara 36 hingga 43 tahun,” katanya.
Mohamad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Seorang maut, 4 cedera, kereta bergesel di simpang empat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :