Enam motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri

Enam motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri

Enam motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri
Kebakaran di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri, malam tadi. – Foto ihsan Nurul Athirah

KUALA LUMPUR: Enam motosikal musnah dalam kebakaran di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu turut membabitkan sebuah bilik Kelas Fardu Ain (KAFA).

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Hisam Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.14 malam.



Enam motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri
Enam motosikal musnah dalam kebakaran di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri, hari ini. – Foto JBPM

“Susulan itu, satu jentera dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba pasukan di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sembilan motosikal di mana enam daripadanya musnah 100 peratus manakala tiga lagi 10 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Hisam berkata kebakaran turut membabitkan sebuah bilik KAFA dengan kemusnahan dianggarkan lima peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.56 malam dan kejadian tidak membabitkan mangsa. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.



Enam motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button