Pelajar Tingkatan 3 diperkosa dua lelaki Rohingya di Klebang

Pelajar Tingkatan 3 diperkosa dua lelaki Rohingya di Klebang

Pelajar Tingkatan 3 diperkosa dua lelaki Rohingya di Klebang
Foto hiasan

MELAKA: Seorang remaja perempuan yang ditemui di taman permainan di Batu Berendam, dekat sini selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah dakwa telah dirogol dua lelaki warga Rohingya, baru dikenali.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian yang dibuat abang mangsa pada hari sama di Balai Polis Batang Tiga.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 15 tahun yang masih bersekolah, keluar dari rumahnya pada 14 September kira-kira jam 2 petang untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya berusia 14 tahun yang baru dikenalinya.



“Lelaki itu yang juga suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal sekitar jam 4 petang sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

“Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki kereta Proton Preve dipandu suspek kedua sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




“Selepas dirogol mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam,” katanya dalam kenyataan.

“Bertindak atas maklumat polis berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek lelaki Rohingya pada hari sama dan direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September ini bagi siasatan lanjut.

“Suspek pertama seorang penganggur dan suspek kedua, peniaga dan mereka turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat,” katanya.



Untuk rekod, ini kejadian jenayah kedua membabitkan etnik Rohingya yang dilaporkan tahun ini selepas Januari lalu, negeri ini digemparkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dicabul lelaki Rohingya di Semabok.

Pelajar Tingkatan 3 diperkosa dua lelaki Rohingya di Klebang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading