Sedia 20,000 produk

Sedia 20,000 produk

Sedia 20,000 produk
REPLIKA seterika gergasi dipamerkan di Taman Tasik Titiwangsa sehingga 15 Oktober 2023.

PERUNCIT DIY kegemaran Malaysia, MR DIY melancarkan kempen ‘Kecil & Besar, MR DIY Ada’, yang menampilkan lebih 20,000 produk yang ditawarkan di lebih 1,200 cawangan MR DIY seluruh negara.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY Group, Alex Goh berkata, MR DIY menawarkan pelbagai barangan sama ada bersaiz besar atau kecil.

“Kami menawarkan barang-barang terkecil dari bateri, mangga berkunci, dan rantai kunci hinggalah barang-barang besar seperti pembersih vakum, kolam boleh kembung, dan tangga boleh lipat.



“Kami menawarkan harga yang rendah, bermula kurang daripada RM1. Kami juga mempunyai format kedai yang lebih kecil, untuk memenuhi keperluan pelanggan di bandar-bandar kecil seperti Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Sik, Kedah, sehingga ke kedai format besar MR DIY PLUS di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, yang meliputi kawasan seluas lebih 20,000 kaki persegi.

“Kami juga menawarkan pelbagai keperluan pengguna dari bayi hinggalah warga emas. Ini adalah janji besar yang kami berikan, dan kami sangat berbangga dapat memenuhinya,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Sempena pelancaran insiatif terbaharu itu, MR DIY menampilkan replika seterika terapung gergasi berukuran 16 x 7.5 x 8 meter di Taman Tasik Titiwangsa yang akan dipamerkan sehingga 15 Oktober 2023.

Replika yang unik itu baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai ‘replika seterika terapung terbesar di Malaysia’.

Menurutnya, replika seterika terapung gergasi itu adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik untuk menyampaikan mesej ‘Kecil & Besar, MR DIY Ada’ kepada semua rakyat Malaysia.

“Replika berkenaan akan dibawa menjelajahi negeri-negeri lain, untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melihatnya,” katanya.



Peruncit itu juga sudah mempamerkan pelbagai tarikan menarik lain di beberapa kawasan bandar yang sibuk, termasuk pili air interaktif di Dataran Merdeka di mana pengunjung boleh mendapatkan air minuman, selain berus cat dan pengecas bateri di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, botol air Disney gergasi di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan patung gebu dinosaur serta bola sepak di MyTown Cheras Kuala Lumpur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal


Semua tarikan menarik ini dipamerkan bermula 5 September.



Selain itu, menurutnya orang ramai berpeluang memenangi hadiah melalui #KecilBesarMRDIYada Snap & Win Contest.

Peserta hanya perlu mengambil gambar di salah satu tarikan menarik itu, muat naik ke media sosial menggunakan hashtag ‘Kecil & Besar, MR DIY Ada’ dan kemudian hantar ke laman web pertandingan.

Terdapat hadiah bernilai RM20,000 untuk dimenangi, termasuk perjalanan menaiki kapal layar mewah selama empat jam untuk sehingga 12 orang bernilai RM6,000, penerbangan menaiki helikopter selama 30 minit di sekitar Kuala Lumpur untuk empat orang bernilai RM4,500, pengalaman fine dining ‘Omakase’ untuk dua orang bernilai RM2,000 dan baucar tunai MR DIY bernilai RM100 setiap seorang untuk 100 pemenang.

Sedia 20,000 produk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button