Kenapa F-35 antara jet pejuang termahal di dunia?
Kenapa F-35 antara jet pejuang termahal di dunia?
Washington: Jet pejuang F-35 milik tentera Amerika Syarikat (AS), dicipta untuk memenuhi permintaan pelbagai angkatan tempur yang berkebolehan tinggi.
Popular Mechanics melaporkan, F-35 berupaya membawa muatan dalaman empat senjata tanpa menjejaskan keselamatannya.
Ia juga mampu terbang tanpa dapat dikesan radar musuh.
Bagaimanapun, bukan kuasa tembakan F-35 yang memberinya perbezaan, tetapi ia kerana sistem pengkomputerannya.
Direka bentuk dari bawah untuk mengutamakan kebolehlihatan rendah, F-35 adalah jet pejuang paling senyap yang ada dan masih berfungsi hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
Ia menggunakan enjin tunggal F135 yang menghasilkan tujahan 40,000 paun (kira-kira 18,000 kilogram/ kg).
Jet itu boleh membawa empat senjata di dalam bahagian dalamnya ketika terbang di ruang udara yang menjadi medan perang.
Ia juga boleh dilengkapi dengan enam senjata tambahan yang boleh dipasang pada bahagian luarnya apabila ia terbang dalam persekitaran berisiko rendah.
F-35A juga dilengkapi dengan meriam putar 4-tong 25 milimeter di bahagian dalaman yang tersembunyi di sebalik pintu kecil untuk meminimumkan pantulan isyarat kepada radar.
Muatan senjata standard bagi ketiga-tiga varian F-35, termasuk dua peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120C/D dan dua bom berpandu GBU-32 JDAM seberat 1,000 paun (453 kg) membolehkan F-35 membabitkan kedua-dua sasaran udara dan darat. .
Syarikat yang membuat jet itu, Lockheed Martin membangunkan ruang baharu untuk senjata di ruang dalaman yang akan membolehkan jet itu membawa dua peluru berpandu tambahan.
Sementara Kokpit F-35 mengetepikan tolok dan skrin yang ditemukan pada jet pejuang generasi terdahulu, tetapi menampilkan skrin sentuh besar dan sistem paparan dipasang pada topi keledar yang membolehkan juruterbang melihat maklumat masa nyata.
Dalam pada itu, CNN melaporkan, F-35, seperti yang dibangunkan oleh Lockheed atas permintaan tentera AS, dengan versi untuk melakukan tugas berbeza untuk Tentera Udara, Tentera Laut dan Marin.
Menurut fakta dari Lockheed, versi jet yang hilang di Carolina Selatan – F-35B digunakan oleh Kor Marin AS, boleh mendarat secara menegak seperti helikopter dan berlepas dalam jarak yang sangat dekat.
AFP pula melaporkan jet yang terhempas itu bernilai sekitar AS$80 juta (kira-kira RM375.4 juta).
Kenapa F-35 antara jet pejuang termahal di dunia?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!