Individu kedua terima jantung babi

Individu kedua terima jantung babi

Individu kedua terima jantung babi
LAWRENCE Faucette. FOTO Sekolah Perubatan Universiti Maryland.

Washington: Lelaki berusia 58 tahun menjadi pesakit kedua di dunia yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik, dalam satu prosedur pemindahan dijalankan pakar Amerika Syarikat (AS), minggu lalu.

Prosedur terbaharu itu dijalankan pakar dari Sekolah Perubatan Universiti Maryland, Rabu lalu.

Pesakit, Lawrence Faucette tidak layak mendapat jantung manusia yang didermakan kerana penyakit vaskular yang sedia ada dan komplikasi pendarahan dalaman.



Tanpa pemindahan percubaan itu, bapa kepada dua anak dan veteran Tentera Laut itu menghadapi komplikasi kegagalan jantung.

Faucette, sebelum pembedahan itu berkata, satu-satunya peluang dan harapannya untuk hidup ialah dengan jantung babi itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




“Sekurang-kurangnya sekarang saya ada harapan dan peluang (untuk hidup),” katanya.

Universiti itu berkata, Faucette dapat bernafas sendiri dan jantung baharu itu berfungsi dengan baik tanpa sebarang bantuan daripada peranti sokongan.

Katanya, lelaki itu mengambil ubat antipenolakan konvensional serta menerima terapi antibodi baharu untuk mengelakkan tubuhnya daripada merosakkan atau menolak organ baharu itu.

Pasukan sama turut mengendalikan prosedur membabitkan pesakit pertama yang meninggal dunia dua bulan selepas menjalani pemindahan jantung babi, pada tahun lalu.



Kematian itu disebabkan banyak faktor termasuk keadaan kesihatannya yang lemah sebelum pembedahan.

Pemindahan organ haiwan kepada manusia, dipanggil xenotransplantation yang menawarkan penyelesaian kepada kekurangan kronik pendermaan organ manusia.

Xenotransplant adalah mencabar kerana sistem imun pesakit akan menyerang organ asing.

Saintis cuba mengatasi masalah itu dengan menggunakan organ daripada babi yang diubah suai secara genetik.



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, doktor memindahkan buah pinggang daripada babi yang diubah suai secara genetik kepada pesakit mati otak.

Bulan ini, Institut Pemindahan Hospital NYU Langone di New York mengumumkan buah pinggang babi yang dipindahkan ke pesakit mati otak, berfungsi selama 61 hari, sekali gus memecahkan rekod prosedur seumpamanya.

Lebih 100,000 rakyat AS kini dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ.

Individu kedua terima jantung babi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading