Remaja diugut dengan gambar lucah dijana AI

Remaja diugut dengan gambar lucah dijana AI

Remaja diugut dengan gambar lucah dijana AI
FOTO HIASAN

Madrid: Kira-kira 20 remaja perempuan Sepanyol mendakwa, gambar mereka yang dijana menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara tidak senonoh, disebarkan di media sosial.

Akhbar Sepanyol El País melaporkan, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isabel, 14, mendedahkan, gambar dirinya dalam keadaan lucah selepas dihasilkan AI disebarkan di sekitar sekolahnya.

Katanya, dia berasa malu kerana perkara itu menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar.



“Seorang pelajar lelaki datang kepada saya memberitahu dia melihat gambar saya dalam keadaan tidak senonoh,” katanya.

Isabel salah seorang daripada 20 remaja perempuan di bandar Almendralejo yang melihat gambar bogel mereka yang dihasilkan menggunakan AI, tersebar di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?



 

Ibu mereka mengetahui tentang peningkatan jumlah kes selepas menghubungi satu sama lain dan berkongsi cerita mereka dalam kumpulan WhatsApp yang dibuat salah seorang daripada mereka.

Faima Gomez, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun memberitahu Canal Extremadura, dia membuat laporan polis pada Jumaat lalu, selepas menemui gambar anaknya di media sosial.

Katanya, seorang lelaki menghantar gambar lucah anak perempuannya yang dijana AI di Instagram selepas dia enggan memberinya wang.

“Anak perempuan saya menyekat profil lelaki itu yang polis sahkan akaun palsu,” katanya.



Miriam Al Adib, ibu kepada empat anak perempuan remaja, memberitahu El País, dia terkejuat apabila anak perempuannya yang berusia 14 tahun menunjukkan foto dirinya yang dijana AI.

“Jika saya tidak mengenali badan anak perempuan saya, gambar ini nampak macam nyata,” katanya kepada akhbar Sepanyol.

Dalam video Instagram, Miriam berkata, polis memberitahunya pelaku mungkin memuat naik gambar ke laman web lucah berbayar dan laman lucah membabitkan kanak-kanak.

Gambar salah seorang mangsa dilaporkan mempunyai tanda satu aplikasi AI.



Laman web syarikat itu mengatakan, aplikasi itu boleh menghilangkan gambar pakaian sesiapa sahaja dengan perkhidmatan percuma mereka, namun mereka tidak bertanggungjawab dengan imej yang dibuat menggunakan laman itu.

Di bawah Kanun Jenayah Sepanyol, penjualan, pengedaran, pameran, penyediaan dan kemudahan bahan lucah kanak-kanak boleh dihukum sehingga sembilan tahun penjara.

Seorang peguam yang pakar dalam undang-undang jenayah, keluarga, sivil dan pentadbiran, memberitahu Canal Extremadura, imej yang dijana AI termasuk di bawah undang-undang itu.

Setakat Isnin, sekurang-kurangnya tujuh orang membuat laporan dengan polis tempatan, menurut El País.



Sumber polis berkata, Pejabat Pendakwa Juvana tempatan kini memulakan siasatan dan mengenal pasti beberapa orang yang didakwa melakukan kesalahan itu.

Remaja diugut dengan gambar lucah dijana AI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading