Rusia serang Odessa, Ukraine guna dron, peluru berpandu

Rusia serang Odessa, Ukraine guna dron, peluru berpandu

Rusia serang Odessa, Ukraine guna dron, peluru berpandu
RAKAMAN gambar bangunan rosak akibat serangan Rusia di Odessa, Ukraine. FOTO Defence Forces Southern Ukraine/Handout via Reuters

Berlin: Rusia dilaporkan menyerang bandar pelabuhan Odessa di selatan Ukraine awal Isnin menggunakan dron dan peluru berpandu, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

Sebuah bangunan terkena bedilan lalu terbakar, namun tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian setakat ini

Tentera Udara Ukraine sebelum ini memberi amaran menerusi Telegram mengenai serangan dron Shahed, peluru berpandu Kalibr dan peluru berpandu jelajah Oniks.



Gabenor tentera Odessa, Oleh Kiper, menyeru penduduk di wilayah itu untuk mencari tempat berlindung.

Amaran serangan udara diaktifkan di seluruh Ukraine pada waktu malam.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Ukraine selama 20 bulan. Dalam tempoh itu, pelabuhan Laut Hitam Ukraine telah berulang kali diserang.

Pemerhati berpendapat serangan terbaharu itu sebagai kemungkinan tindakan balas terhadap serangan peluru berpandu Ukraine ke atas ibu pejabat Armada Laut Hitam Rusia di semenanjung Crimea pada Jumaat.



Rusia serang Odessa, Ukraine guna dron, peluru berpandu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button