Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis

Noor Nabila wanita kuat berdepan dugaan,  - “Hal kita belum tahu lagi”

Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis

Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis
Sharnaaz percaya Nabila seorang wanita yang kuat.

PELAKON Sharnaaz Ahmad meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan peribadi orang lain susulan ramai mula bertanya tentang punca penceraian bekas isterinya iaitu Noor Nabila dengan Engku Emran pada Isnin.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dan Allah SWT adalah sebaik-baik perancang untuk manusia.

“Kita jangan menyibuk sangat hal orang. Hal kita belum tahu lagi. Tuhan dah tulis untuk kita apa yang akan terjadi di masa depan.



“Setiap yang kita cakap itu, Tuhan dah tulis apa yang diberikan kepada kita,” katanya.

 

Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis
Sharnaaz memberitahu Nabil berada dalam keadaan baik.

Sharnaaz berkongsi mengenai perkara itu apabila ditanya pengikutnya ketika membuat video siaran langsung di Instagram miliknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai




Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 38, sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abiddin, 48, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu dia percaya Noor Nabila kuat berdepan dengan dugaan penceraian dan menyifatkan wanita itu sebagai kuat.

“Mommy Jebat (Nabila) okey sahaja, insya-Allah jangan risau. Dia wanita yang kuat. Dia kena hadap benda macam ini, bukan kita minta.



“Tuhan beri kita macam-macam. Dia beri kita yang baik, kita tak nampak. Tuhan tarik sikit, bia kita pening. Fikir positif akan ada yang baik berlaku,” jelasnya.

Untuk rekod Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

 



Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis
Sharnaaz dan anak lelakinya, Jebat Jayden.

Kemudian Nabila berkahwin pula dengan Emran pada 19 Mac 2021 dan mereka tidak memiliki cahaya mata.

Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan berpisah selepas tujuh tahun bersama.

Mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Usahawan ini berkahwin kali kedua dengan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan hubungan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2020.



Sharnaaz sifatkan penceraian bekas isteri sudah tertulis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button