Pelan tindakan segera hadapi Monsun Timur Laut

Pelan tindakan segera hadapi Monsun Timur Laut

Pelan tindakan segera hadapi Monsun Timur Laut
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membuat pemantauan banjir ketika tinjauan banjir di Kampung Nongmi Changlun semalam. NSTP/Syaharim Abidin

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata perkara itu, selaras dengan Sub-Perkara 25 (a) Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20, yang mahukan satu tatacara tindak balas digerakkan apabila berlakunya sebarang bencana dalam negara.

“Sebagai persediaan awal bagi menghadapi MTL yang dijangkakan pada November, NADMA telah mengarahkan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memastikan, JPBD yang dipengerusikan oleh pegawai daerah untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

“Selain itu, NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal, di samping sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama hari ini.



Ini kerana kesemua daerah itu, pernah terbabit dengan bencana banjir ketika MTL 2022/2023 dan daripada jumlah itu, 77 daerah berdepan dengan kejadian banjir berulang lebih daripada sekali.

Mengulas lanjut, Khairul Shahril berkata, bagi memastikan sebarang kelemahan dalam pengurusan bencana sebelum ini diperbaiki, NADMA juga sudah melakukan beberapa pembaharuan, antaranya melaksanakan awal kerja mitigasi seperti penyelenggaraan sistem perparitan dan sistem amaran awal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal




“Simulasi dan latih amal bersepadu juga telah diadakan melibatkan komuniti sebagai initial responder bagi melengkapi Bengkel Pengurusan Bencana bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang diadakan untuk meningkatkan keupayaan pengendalian dan kerjasama dalam kalangan agensi tindak balas,” katanya.

Dalam urusan penyediaan makanan dan bantuan kepada mangsa banjir yang sering kali menerima rungutan, Khairul Shairil berkata, sebanyak 157 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga sedia digerakkan ke kawasan yang terjejas di seluruh negara bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa terbabit.

Katanya, kerjasama dengan NGO itu dijalankan di bawah rangkaian Rakan NADMA bagi memastikan tiada kelewatan dalam agihan bantuan dan makanan kepada mangsa yang sedang dilanda bencana.

“Demi kesejahteraan penghuni pusat pemindahan sementara (PPS), pihak kerajaan juga telah bersetuju agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kali ini menggunakan pilihan makanan bungkusan retort kepada mangsa sepanjang tempoh 24 jam berada di pusat itu,” katanya.



– BERNAMA

Pelan tindakan segera hadapi Monsun Timur Laut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading