Serangan seksual, Russell Brand rayu bantuan peminat

Serangan seksual, Russell Brand rayu bantuan peminat

Serangan seksual, Russell Brand rayu bantuan peminat
RUSSELL Brand. FOTO AFP.

London: Pelakon dan pelawak kontroversi, Russell Brand merayu peminatnya agar memberi bantuan kewangan, beberapa jam selepas Polis Metropolitan London mengumumkan melakukan siasatan penuh dakwaan gangguan seksual ke atasnya, kelmarin.

Brand, 48, didakwa merogol dan melakukan serangan seksual terhadap empat wanita termasuk remaja berusia 16 tahun antara 2003 hingga 2013.

Bekas suami penyanyi terkenal, Katy Perry itu menggesa pengikutnya untuk menjadi pelanggan berbayar bagi aplikasi video Rumble, iaitu pesaing YouTube dan menyumbang AS$60 (RM282) secara tahunan.



Katanya, ia akan membantunya meneruskan kerjaya dan menentang tuduhan yang disifatkan sebagai konspirasi untuk menutup mulutnya dan menghentikan kebebasan media.

Brand menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit, selain percaya ia sebahagian daripada usaha lebih besar untuk menyekat kebebasan bersuara.

Dakwanya, YouTube menghalang beliau daripada menjana wang dan kerajaan menekan media sosial agar menapisnya lagi.

Isnin lalu, polis memaklumkan siasatan terhadap Brand dibuat susulan laporan diterima daripada beberapa mangsa yang mendedahkan perlakuan lelaki itu, minggu lalu.



Polis juga memberitahu gangguan seksual itu didakwa di London dan tempat lain sekitar United Kingdom.

Selain itu, pub milik Brand, Crown Inn yang terletak di Pishill juga ditutup buat sementara waktu.

Serangan seksual, Russell Brand rayu bantuan peminat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading