BN sedia tanding PRK Kemaman jika diadakan – Ahmad Zahid
BN sedia tanding PRK Kemaman jika diadakan – Ahmad Zahid
Bentong: Barisan Nasional (BN) sedia bertanding sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diadakan, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun keputusan PRU15, menyaksikan parti itu tewas dengan majoriti besar, kemungkinan BN mencipta kejutan tetap ada.
“Kita dapat menjadi pencabar walaupun dalam situasi sekarang sebagai ‘underdog’. Kita yakin rakyat dan pengundi dapat membuat pilihan tepat dan kembali sokong (BN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs, di Felda Chemomoi di sini hari ini.
Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias, dengan Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi), berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.
Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor berkata PAS akan meneliti Perakuan Hakim Pilihan Raya, sebelum memutuskan untuk membuat rayuan atau tidak berhubung pembatalan kemenangan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
Pada PRU15, November 2022, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan calon BN Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin dari Pakatan Harapan (8,340) dan Rosli Ab. Ghani dari Pejuang (506).
Ditanya jika bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sekali lagi diturunkan di kerusi Parlimen itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia belum dibincangkan.
Sementara itu, mengulas mengenai PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Ahmad Zahid optimis BN akan terus mempertahankan kerusi itu.
“Namun kita harus berusaha, kerana tahu pihak seteru politik akan sedaya upaya mungkin untuk menafikan dokongan rakyat di Pelangai. Saya yakin pengundi di Pelangai amat dekat dengan BN dan pilih wakil yang dapat memberikan kesinambungan perkhidmatan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ‘sealiran dengan negeri dan negara’, pastinya akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat penduduk Pelangai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3
- Kisah Malang Putera Gunung Ledang
- Tindakan Bijak Tetapi Kurang Berhemah Dr Akmal
Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO
Ditanya mengenai dakwaan Takiyuddin berhubung kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam aktiviti kempen Perikatan Nasional (PN) di PRK Pelangai, Ahmad Zahid berkata ia hanya isu yang dimainkan pembangkang untuk mewujudkan kekeliruan.
“Polis profesional dalam tugasan dan mereka cuba untuk membantu parti dan calon dalam berkempen. Jangan persoalkan profesional mana-mana agensi penguat kuasa termasuk polis,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pelangai berlangsung pada 7 Oktober ini, ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.
BN sedia tanding PRK Kemaman jika diadakan – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :