BNM Bakal Mengecualikan Yuran Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro Dan Kecil Untuk DuitNow QR
BNM Bakal Mengecualikan Yuran Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro Dan Kecil Untuk DuitNow QR
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan DuitNow QR, sekaligus mengesahkan yuran transaksi akan diimplementasikan untuk DuitNow QR bermula 1 Oktober 2023.
Malah, BNM turut menjelaskan yuran transaksi ini adalah bertujuan untuk menampung kos menyenggara sistem pembayaran, termasuk sokongan keselamatan siber, dan beberapa perkara berkaitan lain.
Seperti yang sedia maklum, beberapa perkhidmatan pembayaran digital sedia mengenakan caj transaksi kepada penjual, termasuk untuk pembayaran kad debit dan kredit.
BNM turut menekankan yang mana pengguna individu tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan apabila menggunakan DuitNow QR.
Namun, ntuk perniagaan, yuran transaksi DuitNow QR akan kekal rendah sama seperti untuk yuran pembayaran kad debit atau lebih rendah daripadanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”
Dalam pada itu, BNM turut mengatakan bank-bank utama dan juga penyedia perkhidmatan kewangan yang menguruskan 75% perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR telah menyatakan akan mengecualikan yuran transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil.
Mengikut definisi KPDN, perusahaan mikro adalah dengan jualan tahunan di bawah RM300,000 atau kurang 5 pekerja, sementara perusahaan kecil adalah dengan jualan bawah RM15 juta atau kurang 75 orang pekerja.
Walau bagaimanapun, setakat ini BNM tidak menyatakan bank-bank tersebut.
Kredit: amanz
BNM Bakal Mengecualikan Yuran Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro Dan Kecil Untuk DuitNow QR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :