Polis tahan 1,054 orang terlibat judi haram

Polis tahan 1,054 orang terlibat judi haram

Polis tahan 1,054 orang terlibat judi haram
Nilai rampasan melibatkan aktiviti tahun ini ialah RM88,879.50. – Foto BH/AZIAH AZMEE

GEORGETOWN: Polis menjalankan sebanyak 1,041 serbuan dan menahan 1,054 individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian loteri tanpa lesen, sejak awal Januari hingga 27 September.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata nilai rampasan melibatkan aktiviti berkenaan sepanjang tempoh itu ialah RM88,879.50.

“Bagi kegiatan perjudian secara dalam talian, polis menjalankan 605 serbuan dan sebanyak 630 individu ditahan dengan nilai rampasan berjumlah RM25,058 sepanjang tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, pihaknya turut mengambil tindakan terhadap kegiatan perjudian catit taruh atau ‘bookie’ lumba kuda melalui 18 serbuan melibatkan 32 tangkapan dengan nilai rampasan sebanyak RM13,961.

Selain itu, Khaw berkata polis turut menjalankan Op Pemotongan Bekalan Elektrik dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad dan sebanyak 44 premis diambil tindakan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



Khaw berkata, polis sentiasa memandang serius dengan sebarang penganjuran kegiatan perjudian serta tindakan berterusan akan diambil bagi menangani kegiatan haram terbabit.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan perjudian di Pulau Pinang agar terus menyalurkan maklumat itu kepada polis. – BERNAMA

Polis tahan 1,054 orang terlibat judi haram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button