Tak sangka anak sendiri bakar rumah

Tak sangka anak sendiri bakar rumah

Tak sangka anak sendiri bakar rumah
Keadaan rumah Abdul Hamid Mohamad, yang musnah dipercayai akibat dibakar anaknya. NSTP/Rosli Ilham

DUNGUN: “Saya ingat dia bergurau rupa-rupanya dia benar-benar bakar rumah,” kata Abdul Hamid Mohd menceritakan kejadian rumahnya di Kampung Besul Baru, Bukit Besi yang dibakar anaknya sendiri, petang tadi.

Abdul Hamid, 66, berkata dia sangat terkejut selepas mendapati rumahnya itu hangus dibakar anak lelakinya itu kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, sebelum ini dia dan isterinya terpaksa tinggal di rumah anak perempuannya yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada rumahnya kerana bimbang keselamatan mereka berikutan anak lelakinya itu sering bertindak ganas.



“Jadi rumah yang terbakar itu saya beri kepada anak lelaki untuk tinggal bersendirian di rumah itu,” katanya.

Abdul Hamid berkata, sebaik selesai solat jumaat, dia dalam perjalanan untuk melihat keadaan rumah dan anak lelakinya itu.

“Dalam perjalanan saya singgah di sebuah kedai untuk membeli minuman dan secara tiba-tiba anak lelaki saya muncul di kedai itu.

“Dia minta wang dengan saya dan saya bagi dia RM10. Sebaik menerima wang itu, dia kata dia sudah bakar rumah saya. Saya tanya dia, kenapa bakar rumah, dia diam tidak cakap apa-apa,” katanya.



Katanya, pada mulanya dia menyangka anaknya tidak serius sebelum bergegas pulang ke rumah dan mendapati api sedang marak membakar rumah.

“Saya tidak mampu nak buat apa-apa kerana api yang besar dan hanya mampu berdoa dan berserah kepada tuhan,” katanya.

Difahamkan, suspek yang berusia 40 tahun itu sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Penolong Penguasa Bomba Shariffuddin Ali, berkata selain rumah, kebakaran itu turut memusnahkan kereta dan motosikal .



“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 4 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Tak sangka anak sendiri bakar rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading