Kejohanan Ragbi MCKK P7s: SSTMI, MCKK mara ke suku akhir

Kejohanan Ragbi MCKK P7s: SSTMI, MCKK mara ke suku akhir

Kejohanan Ragbi MCKK P7s: SSTMI, MCKK mara ke suku akhir
Pemain MCKK membuktikan mereka antara pasukan pilihan selepas mengekalkan rekod tanpa kalah setakat hari ini.

SEPERTI dijangka, juara empat kali, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) mara ke peringkat suku akhir Cup Plate pada Kejohanan Ragbi MCKK Primer 7s (P7s) di padang Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) petang tadi.

Tujuh pasukan lain yang layak berdasarkan ranking ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR), Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Maktab Sultan Abu Bakar (EC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM).

Pada aksi suku akhir Cup Plate esok, THOR yang menduduki ranking pertama kejohanan akan berdepan SHOAW, SSMP pula akan bertemu SSTMI, ARAS pula bertemu SMKTM dan tuah rumah MCKK pula berdepan EC.



SSTMI yang memburu gelaran kelima selepas menjulang kejuaraan pada 2011, 2012, 2016 dan 2017 menang ke semua perlawanan untuk mengungguli Kumpulan B selepas menewaskan juara 2019 Sekolah Menengah Sains Selangor (SEMAHSUR) 10-7, Maktab Sabah Kota Kinabalu (SCKK) 45-0 dan Sekolah Menengah Kebangsaan HOSBA (SMK HOSBA) 19-14.

MCKK selaku tuan rumah turut melangkah ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan C selepas menang ke semua perlawanan menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi(SMK ABI) 19-12, Sekolah Menengah Agama Darunajah (SMAD) dari Jakarta, Indonesia 43-5 dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 48-0.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




ARAS menjuarai Kumpulan A mara ke sukur akhir selepas menang kesemua perlawanan menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) 36-0, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) 38-5 dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 68-0.

SSMP pula menjuarai Kumpulan E menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (ART) 45-0, Sekolah Menengah King Edward VII (KE VII) 22-5 dan Shizuoka Seiko Academy (SSA) 20-7.

Juara edisi 2020, EC dari Johor Bahru pula menjuarai Kumpulan F layak secara automatik ke suku akhir selepas mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI) 34-0, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 17-5 dan SMKTM 19-17.

Perlawanan akhir Cup Plate dijadualkan berlangsung kira-kira pukul 5.15 petang esok (Ahad). – KOSMO! ONLINE



Kejohanan Ragbi MCKK P7s: SSTMI, MCKK mara ke suku akhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading