Wanita maut, 9 cedera kemalangan dua kereta

Wanita maut, 9 cedera kemalangan dua kereta

Wanita maut, 9 cedera kemalangan dua kereta
Kemalangan membabit dua kereta menyebabkan seorang wanita warga emas maut, manakala sembilan lagi cedera di Taiping. – Foto ihsan BOMBA

TAIPING: Seorang wanita warga emas maut, manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Bukit Gantang, dekat Kampung Sungai Jerai, di sini, petang tadi.

Mangsa yang maut disahkan penumpang Honda City dinaiki bersama lima yang lain, selepas kenderaan berkenaan terbabit kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 3.37 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikejarkan ke lokasi.



“Terdapat enam mangsa dalam Honda City dengan seorang penumpang wanita disahkan maut di lokasi kejadian, manakala yang lain cedera.

“Turut cedera empat mangsa yang menaiki Perodua Myvi,” katanya mengesahkan pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan.

Wanita maut, 9 cedera kemalangan dua kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading