Penjual nasi maut ditikam 27 kali

Penjual nasi maut ditikam 27 kali

Penjual nasi maut ditikam 27 kali

Georgetown: Penjual nasi ekonomi maut selepas ditikam lebih 20 kali di dada, leher dan abdomen di kawasan parkir sebuah apartmen di Jalan Ooi Thiam Siew, Taman Continental, Jelutong, di sini hari ini.

Mangsa Teh Teik Chye, 60, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).



Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan di kawasan berkenaan pada 6.18 petang.

Katanya, penduduk kemudian mendakwa melihat lelaki berkenaan terbaring di kawasan parkir dan membantu menghubungi keluarga mangsa serta ambulans.

“Pemeriksaan menemukan 27 kesan tikaman pada bahagian dada, leher dan abdomen mangsa, dipercayai menggunakan senjata pisau.

“Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Saravanan berkata, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lif dan pondok pengawal mendapati dua suspek lelaki menunggang motosikal, memasuki kawasan berkenaan sebelum seorang daripadanya menikam mangsa.

“Kita masih menyiasat motif, dipercayai kejadian bukan bermotifkan samun tetapi lebih kepada bunuh dan mangsa juga mempunyai rekod lampau.

“Mangsa adalah penjual nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak, juga tinggal di apartmen ini serta mempunyai anak dan cucu, malah ahli keluarga juga sudah maklum mengenainya,” katanya, memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penjual nasi maut ditikam 27 kali

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading