Krisis Palestin – Israel: 11 warga AS antara korban

Krisis Palestin – Israel: 11 warga AS antara korban

Krisis Palestin - Israel: 11 warga AS antara korban
ROKET dilancarkan dari Gaza mengenai kawasan berhampiran Sderot, selatan Israel. FOTO Reuters

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, semalam, mengatakan 11 rakyatnya terbunuh, selain ada yang mungkin menjadi tebusan oleh pejuang Hamas selepas serangan mengejut ke atas Israel.

Peningkatan konflik itu dibimbangi berubah menjadi isu besar serantau dengan Rumah Putih mendakwa pihaknya tiada niat mencampuri urusan di lapangan tetapi memberi amaran kepada Iran dan sekutu lain untuk tidak masuk campur.

Biden dan pemimpin Perancis, Jerman, Itali dan Britain mengikrarkan sokongan mereka kepada Israel untuk mempertahankan diri apabila jumlah kematian di sana meningkat kepada sekurang-kurangnya 800 orang, manakala di Gaza, sekurang-kurangnya 687 orang menjadi korban.



Tentera Israel mendakwa seramai 150 orang dijadikan tebusan dalam serangan Sabtu dari selatan Gaza dan Hamas mengancam membunuh jika serangan balas udara Israel terus ‘menyasarkan’ penduduk Gaza tanpa amaran.

Biden berkata, Washington sudah memindahkan kapal pengangkut pesawat terbesarnya dan kapal perang lain lebih dekat dengan Israel sebagai tanda sokongan, sedang bekerjasama dengan sekutu utamanya dalam ‘usaha pemulihan tebusan’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




“Malangnya, kita mendapat maklumat sekurang-kurangnya 11 warga Amerika antara yang terbunuh yang kebanyakannya menjadikan Israel sebagai rumah kedua,” katanya dalam satu kenyataan selepas bertemu pasukan keselamatan negaranya di Rumah Putih.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mengesahkan bilangan korban itu tetapi percaya warga AS mungkin antara yang ditahan Hamas.

Semalam, Rumah Putih menyalakan lampu berwarna biru dan putih bendera Israel sebagai tanda sokongan kukuh AS.

Menurut Rumah Putih, Biden dijangka menyampaikan kenyataan lanjut mengenai serangan di Israel, hari ini.



Sementara itu, seorang pegawai kanan pertahanan AS semalam berkata, tebusan adalah subjek pembabitan sengit dengan Israel.

“Terdapat komunikasi berterusan seluruh kerajaan AS dengan semua rakan sejawat Israel mengenai situasi tebusan yang ditahan Hamas di Gaza,” kata pegawai itu kepada wartawan.

Rumah Putih berkata, ketika pihaknya menghantar bantuan ketenteraan baharu kepada Israel untuk menghalang ‘musuhnya’, tidak timbul persoalan AS terbabit dalam konflik itu.

“Tiada niat AS masuk campur,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada wartawan.



Krisis Palestin – Israel: 11 warga AS antara korban


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading