Kes pukul OKT, polis Klang Selatan janji bersikap adil

Kes pukul OKT, polis Klang Selatan janji bersikap adil

Kes pukul OKT, polis Klang Selatan janji bersikap adil
Gambar fail – Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (tengah). – Foto NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Polis di sini, memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan adil tanpa melindungi mana-mana pihak membabitkan kes orang kena tahan (OKT) dipukul dalam tahanan seperti tular di media sosial pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan.

“Polis tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan atau anggota polis yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang yang sudah ditetapkan.



“Polis turut memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung perkara ini tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Justeru, kami memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata rakaman video berkenaan dikesan tular menerusi aplikasi Telegram sekitar jam 8 pagi hari ini.

Katanya, semakan mendapati ia berlaku di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 10.30 pagi, 2 Ogos 2022.

Menerusi video yang tular, seorang daripada dua individu yang disyaki anggota polis dilihat memijak lutut seorang lelaki dipercayai OKT manakala seorang lagi bertindak melibas tapak kaki OKT.

“Kertas siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibuka berhubung tangkapan berkenaan dan OKT itu juga sudah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos 2022,” katanya.



Kes pukul OKT, polis Klang Selatan janji bersikap adil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button