Kontroversi tidak halang PDRM tempah tiket final Piala Agong
Kontroversi tidak halang PDRM tempah tiket final Piala Agong
AKSI Ragbi Piala Agong 2023 sekali lagi mencetus kontroversi apabila pertembungan antara pasukan Sabah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada saingan separuh akhir ditamatkan dengan insiden pergaduhan.
PDRM yang turun dengan misi untuk memburu tempat ke final, tampil dengan prestasi yang cukup baik apabila membenam Sabah 27-17 pada perlawanan di Stadium Ragbi Perak di Ipoh petang tadi.
Bagaimanapun, Sabah yang dilihat cuba mengejar kedudukan tersebut pada penghujung perlawanan tidak berhasil sebelum tercetus insiden kecil pergaduhan antara kedua-dua pasukan.
Sabah yang dilihat tidak tahan dengan provokasi pasukan lawan berlaku dengan tolak-menolak sebelum berakhir dengan tumbukan.
Pun begitu, insiden tersebut kembali ditenangkan dan dileraikan antara kedua-dua pasukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN
- Azmin Bakal Di Heret Ke Mahkamah Berhubung Isu Tanah Warisan Kerabat Sungai Klang
- PAS Tersepit dengan lamaran Anwar
Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi
Ketua jurulatih PDRM, Samuel Rupert Firth Jackson berkata, dia berpuas hati dengan kemenangan pasukannya dan mengakui banyak kerja rumah perlu dilakukan menjelang aksi final nanti.
“Prestasi keseluruhan kami telah bertambah baik dari minggu lepas dan kami agak berpuas hati. Apa pun, penghargaan harus diberikan kepada para pemain kerana mereka bekerja keras sepanjang perlawanan ini.
“Saya akui Sabah begitu kuat. Bagaimanapun matlamat kami adalah untuk menjadi juara keseluruhan.
“Jadi semua tumpuan kami adalah pada perlawanan terakhir kami. Pemain perlu meningkatkan disiplin pada aksi final nanti,” katanya kepada Kosmo!.
Hasil keputusan tersebut, Sabah yang juga juara pada edisi 2018 terpaksa akur dengan kekalahan itu dan akan bersaing pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada Sabtu ini.
PDRM yang akan turun dengan misi wajib menang perlu waspada apabila mereka akan berdepan juara musim lalu iaitu Putrajaya Sabtu nanti.
Sebagai rekod, PDRM meletakkan impian untuk menamatkan kemarau kemenangan selepas kali terakhir menjuarai gelaran Piala Agong pada 1991. – KOSMO! ONLINE
Kontroversi tidak halang PDRM tempah tiket final Piala Agong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polis Tahan Pengasas MYAirlines Tapi Kenapa Muhyiddin Yang Demam?
- Sama Ada PN Menang Atau Kalah Di PRK Kemaman, PAS Sudah Pun Kalah
- Ketepikan Ego, Kerajaan Mesti Kembali Kepada GST Untuk Selamatkan Negara
- Kluster Mahkamah, Faizal Azumu Presiden BERSATU baru?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?