La Liga: Atletico mahu Barca buat keputusan

La Liga: Atletico mahu Barca buat keputusan

La Liga: Atletico mahu Barca buat keputusan
FELIX menyertai Barcelona secara pinjaman semusim, namun gergasi Sepanyol itu perlu membayar nilai pinjaman serta melunaskan gaji pemain berkenaan. – AFP

MADRID – Atletico Madrid dilaporkan telah menetapkan harga buat Barcelona jika berhajat mendapatkan Joao Felix secara tetap apabila tempoh pinjaman berakhir hujung musim ini.

Felix, 23, menikmati permulaan terbaik dalam kariernya dengan meledak tiga gol dan enam bantuan jaringan daripada lapan perlawanan untuk semua kejohanan sejak dipinjamkan ke Barcelona awal bulan lalu.

Pemain sayap Portugal itu tanpa berselindung mendedahkan keinginannya untuk kekal menyarung jersi The Catalans pada masa depan.



Bagaimanapun, situasi itu dilihat sukar berdasarkan tahap kewangan Barcelona yang masih belum pulih dan kini perlu mencari jalan untuk menampung perjanjian Vitor Roque, 18, dibeli dari Athletico Paranaense pada Julai lalu.

Penyerang muda Brazil itu dipinjamkan semula ke Paranaense sebelum menyertai The Catalans pada Januari depan menerusi harga sebanyak €30 juta (RM149.77 juta) yang berpotensi meningkat kepada €61 juta (RM304.52 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi




Barcelona perlu membayar sekurang-kurangnya €10 juta (RM49.92 juta) kepada Atletico dan menampung sepenuhnya gaji Felix yang dianggarkan bernilai €8 juta (RM39.94 juta) semusim jika mahu meneruskan perjanjian pinjaman.

Situasi itu dilihat lebih merugikan Barcelona berbanding mendapatkan khidmatnya secara tetap dengan yuran perpindahan €80 juta (RM399.38 juta) melibatkan tiga urusan pembayaran sekitar €26 juta (RM129.80 juta) semusim.

Difahamkan, juara Sepanyol itu hanya mampu meneruskan urusan pinjaman semusim lagi sebelum membayar secara tetap dengan harga €40 juta (RM199.69 juta) yang mana ia sesuatu yang mungkin tidak dipersetujui oleh Atletico. – AGENSI

La Liga: Atletico mahu Barca buat keputusan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading