Pasangan AS terkandas di Gaza saman Biden

Pasangan AS terkandas di Gaza saman Biden

Pasangan AS terkandas di Gaza saman Biden
ZAKARIA dan isterinya, Laila Alarayshi antara rakyat As yang terkandas di Gaza

Washington: Ketika serangan udara rejim Zionis Israel melanda bangunan di sebelah rumah tempat dia berada di Gaza, Zakaria Alarayshi merasa seperti dia sudah mati.

“Kami keliru dan sama-sama berkumpul. Ia adalah kematian. Anda berasa seperti anda sudah mati akibat kesan teruk pengeboman dan ketakutan .

“Saya seorang lelaki dewasa dan saya menangis kerana ketakutan. Cuba bayangkan apa yang anak-anak lalui. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan, ” kata Zakaria kepada Al Jazeera dalam temu bual telefon.



Zakaria dan isterinya, Laila Alarayshi adalah dua daripada ratusan warga Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di Semenanjung Gaza di tengah-tengah pertempuran antara Israel dan Hamas yang sudah membunuh ribuan orang dan meratakan seluruh kejiranan di wilayah Palestin itu.

Pada mulanya, Zakaria hanya merancang melawat Gaza selama beberapa minggu untuk menziarahi keluarga.


Memandangkan perang berlarutan, perjalanan menjadi berbahaya dan sekatan sempadan mengehadkan pilihan mereka untuk melarikan diri.

Minggu lalu, suami isteri yang juga penduduk Livonia, Michigan itu memfailkan saman terhadap pentadbiran Presiden AS Joe Biden untuk melakukan evakuasi warganya yang terkandas di Gaza.

Zakaria yang mengundi Biden pada 2020 berharap saman berkenaan akan mendesak Presiden AS itu untuk ‘melayan’ semua warga AS secara sama rata, tidak kira di mana mereka berada, termasuk di Gaza.

AS sudah memindahkan ribuan warganya dari negara haram Israel, termasuk penumpang kapal pesiaran.



“Saya melakukan tiga pekerjaan. Saya membina perniagaan. Saya membayar cukai. Saya melakukan segala-galanya dengan betul untuk membina masa depan yang lebih baik untuk diri saya dan keluarga saya dan hidup dengan terhormat.

“Tetapi sekarang saya berasa seperti warganegara kelas dua. Presiden Biden perlu menjaga semua orang, ” katanya.

Biden tiba di Israel pada Rabu, di mana dia diharapkan oleh Zionis dapat mengulangi sokongan untuk sekutu AS itu.

Nabih Ayad, seorang peguam dan pengasas Liga Hak Sivil Arab Amerika (ACRL), sebuah kumpulan advokasi yang berpangkalan di Michigan yang terbabit dalam tuntutan itu berkata, kerajaan AS mempunyai tugas untuk melindungi warganya di luar negara.



“Fakta bahawa anda mengevakuasi warga AS keturunan Israel tetapi bukan warga AS keturunan Palestin menimbulkan masalah, ” kata Ayad kepada Al Jazeera.

Tuntutan itu mendakwa kerajaan AS melanggar peruntukan Perlembagaan yang memastikan kesaksamaan di bawah undang-undang.

Pasangan AS terkandas di Gaza saman Biden


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading