Lebih 100,000 sertai perhimpunan solidariti bersama Palestin
London: Hampir 100,000 orang berarak di sini, semalam, dalam acara yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin, yang mana ia satu daripada beberapa protes seumpamanya di seluruh Eropah.
Peserta demonstrasi memegang papan tanda bertulis ‘Kebebasan untuk Palestin’, ‘Hentikan Pengeboman Gaza’ dan ‘Tamatkan Apartheid Israel’ itu membanjiri sepanjang jalan.
Malah, peserta terbabit turut mengibarkan bendera Palestin serta ada yang melaungkan Israel adalah negara pengganas dan bebaskan Palestin.
Perarakan itu menyebabkan lalu lintas di mercu tanda Marble Arch terhenti, dan polis menerusi ciapan di platform media sosial X (dahulunya Twitter) berkata, peserta perhimpunan bersurai berhampiran dengan Downing Street.
Seorang pelajar, Mariam Abdul Ghani, 18, yang mana keluarganya berasal dari Palestin berkata, dia tidak boleh berdiam diri atas kekejaman Israel.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
“Kami datang untuk menunjukkan sokongan kami kerana kami tidak boleh berdiam diri, menonton berita, dan kemudian tidak berbuat apa-apa,” katanya.
Seorang perunding pemasaran, Nivert Tamraz berkata, dia membawa bersama anak-anaknya menyertai demonstrasi aman itu untuk memberi kefahaman kepada mereka.
“Saya mempunyai sepupu, keluarga dan rakan-rakan di sana (Gaza). Saya datang bersama anak-anak supaya mereka memahami bahawa kadang-kadang setiap orang perlu berpegang teguh kepada kemanusiaan.
“Saya mempunyai seorang kawan yang keluarganya berada di Gaza. Mereka tidak dapat dihubungi. Ia amat menyedihkan bagi mereka, apatah lagi tidak tahu sama ada mereka sudah mati atau masih hidup,” katanya.
Demonstrasi sama diadakan di Birmingham, tengah England, Cardiff di Wales dan bandar Glasgow, Scotland.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Agong Boleh Di Desak?
- Tahniah Orang Kemaman, Bakal Dapat Ahli Parlimen Paling Tua Dalam Dunia
- PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?
Selain itu, perhimpunan pro-Palestin turut diadakan di beberapa bandar Perancis. Di selatan bandar Lyon, lebih 1,000 orang hadir ke satu demonstrasi yang dibenarkan pada saat-saat akhir.
Terdapat juga demonstrasi di bandar Marseille, di Rennes, di barat laut, dan di bandar timur laut Metz.
Beribu-ribu orang berarak di bandar-bandar di seluruh Sepanyol termasuk ibu negara Sepanyol, Barcelona; Zaragoza dan San Sebastien.
Lebih 100,000 sertai perhimpunan solidariti bersama Palestin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sandiwara PAS Dalam Isu Palestin
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :