Maklumat pantas untuk tender kerajaan, GLC

Maklumat pantas untuk tender kerajaan, GLC

Maklumat pantas untuk tender kerajaan, GLC
MEMORANDUM Persefahaman ditandatangani Adam (kiri), Mohd Al-Iman (tengah) dan Khalaif (kanan).

Kuala Lumpur: Memudahkan kontraktor dan syarikat tempatan mendapatkan maklumat pantas berhubung tender ditawarkan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya di hujung jari.

Itu antara usaha dilakukan Datakraf Solution Sdn Bhd selaku penyedia kepakaran dalam teknologi dengan penyelesaian IT moden dan pendigitalan yang bekerjasama dengan syarikat pemfaktoran bertauliah pertama di Malaysia, Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, yang melancarkan Ikhtiar Digital Sdn Bhd.

Memorandum persefahaman itu ditandatangani Pengarah Urusan Datakraf Solution, Mohd Al-Iman Zakaria; Pengarah Operasi Kredit Ikhtiar Factoring, Khalaif Noor Roslizam dan Pengarah Urusan Ikhtiar Digital, Adam Zamri.



Majlis disaksikan oleh Pengarah Urusan Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, Datuk Noor Roslizam Alias.

Ikhtiar Digital Sdn Bhd menerima mandat daripada Datakraf Solution Sdn Bhd dan juga Ikhtiar Factoring Sdn Bhd dalam menguruskan pengintegrasian serta pengurusan maklumat secara digital melalui aplikasi dan laman sesawang TenderDB.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Mulakan Serangan Pertama Untuk Tebuk Atap Di Perak




Kerjasama ini dilihat berpotensi merubah cara syarikat dan kontraktor memasuki tender kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada masa hadapan.

Melalui pengintegrasian platform carian tender dan pembiayaan yang serentak, Ikhtiar Digital Sdn Bhd yakin ia dapat mempermudah proses bagi petender, kontraktor terutama sekali perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin memasuki mana-mana tender, namun mempunyai kapasiti kewangan yang terhad.

Antara masalah yang sering dihadapi petender adalah kekurangan notifikasi masa sebenar atau real-time notification, kini dapat diatasi melalui solusi ditawarkan TenderDB.

Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan TenderDB akan mendapat notifikasi harian bagi kod bidang yang sudah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dan ini dapat memastikan mereka tidak lagi terlepas sebarang peluang tawaran tender yang dibuka.



Selain itu, melalui khidmat tawaran Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, mereka juga boleh mendapatkan surat sokongan kewangan bagi tujuan memasuki tender serta mendapatkan pembiayaan sehingga 80 peratus dari nilai Surat Setuju Terima, hanya melalui aplikasi TenderDB.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?


TenderDB juga mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berdaftar sebagai pengguna untuk turut mendaftar dengan Ikhtiar Factoring Sdn Bhd melalui aplikasi dan laman sesawang TenderDB.



Bagi yang mendaftar dengan TenderDBxIkhtiar dari sekarang sehingga Disember 2023, mereka bakal mendapatkan promosi penggunaan percuma selama 30 hari, notifikasi dan carian tender serta percuma satu surat sokongan kewangan (bernilai RM250).

Maklumat pantas untuk tender kerajaan, GLC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button