29,000 bangunan di Gaza musnah

29,000 bangunan di Gaza musnah

29,000 bangunan di Gaza musnah
PENYELAMAT mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan susulan serangan udara Israel di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP

Gaza: Serangan udara Israel memusnahkan sekurang-kurangnya 29,000 bangunan di Semenanjung Gaza, menurut data dikumpulkan sejak 7 Oktober menurut Pejabat Media Kerajaan di wilayah yang dikepung itu pada Khamis.

Kira-kira 190,000 rumah rosak sebahagiannya dalam serangan setakat ini, manakala sekurang-kurangnya 2,000 orang masih terperangkap di bawah runtuhan, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Agensi Anadolu, akibat serangan Israel, 79 bangunan kerajaan, 38 masjid, tiga gereja dan 189 sekolah musnah dibom. Di samping itu, 25 daripada sekolah itu dihentikan perkhidmatan.



Lebih 1.5 juta orang meninggalkan rumah mereka dan berlindung di pusat, hospital dan kemudahan awam, tambahnya.

Israel melancarkan serangan udara tanpa henti di Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober oleh kumpulan pejuang Hamas Palestin ke dalam wilayah diduduki Israel secara haram.

Hampir 8,500 terbunuh dalam konflik itu termasuk sekurang-kurangnya 7,028 rakyat Palestin dan 1,400 warga Israel.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, manakala konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan.



29,000 bangunan di Gaza musnah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kem siapa dalam BERSATU ‘pedajal’ Hamzah Zainudin?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button