Fazura ada prinsip dalam bisnes

Tak sanggup nak jual tudung Palestin

Fazura ada prinsip dalam bisnes

Fazura ada prinsip dalam bisnes
Fazura kongsi pandangan peribadi tentang menjual tudung bertemakan Palestin.

PELAKON dan usahawan Fazura memaklumkan dirinya menolak untuk menghasilkan tudung bertemakan Palestin meskipun mendapat permintaan daripada peminat.

Fazura atau Nur Fazura Shariffuddin, 40, berkata penghasilan tudung sebegitu bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang usahawan.

Sebagai pengusaha tudung, dia juga berpendapat agak mustahil untuk mendermakan keseluruhan keuntungan jualan produknya kepada masyarakat di negara berkenaan.



 

Fazura ada prinsip dalam bisnes
Fazura tolak jual tudung bertemakan Palestin.

“Boleh sahaja saya nak keluarkan tudung-tudung Palestin itu semua tapi kalau nak beri seratus peratus keuntungan itu… ada ke orang nak buat macam itu?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali




“Kita tetap kena keluarkan modal dan sebagainya. Bagi saya sebagai pengusaha mesti ada keuntungan yang boleh kita perolehi.

“Lagi pun ia tidak selari dengan prinsip saya,” katanya kepada mStar.

Kata Fazura dia ada cara tersendiri untuk mengenang pemergian pejuang-pejuang Palestin seperti meletakkan tema kepada tudung keluaran terbaharunya.

Malah dia memaklumkan ada memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin namun enggan berkongsi lanjut mengenai pemberiannya itu.



“Macam baru-baru ini saya keluarkan tudung bertemakan Raudhah kerana ingin mendedikasikan kepada para Shuhada kita yang ada di Palestin.

“Saya bayangkan mereka di taman-taman syurga, bunga itu melambangkan kedamaian dan kemuliaan. Cuma saya tak kongsikan perkara ini kepada umum.

“Tapi sumbangan lain saya kepada mereka tidak perlu disebutlah kerana itu antara saya dan Allah,” ujarnya.

 



Fazura ada prinsip dalam bisnes
Fazura keluarkan kopi diet jenama sendiri.

Dalam perkembangan lain, Fazura meluahkan rasa teruja melancarkan produk terbaharu kopi diet TrullyCaffe melalui jenama TrullyDolly pada Ahad lalu.

Kata Fazura, dia sendiri turut mengamalkan minuman TrullyCaffe bagi menjaga penampilan dan kesihatan tubuh badannya.

“Saya sangat bersyukur kerana perniagaan yang dimulakan lebih lima tahun lepas dapat terus berinovasi dalam mengeluarkan produk premium yang menitikberatkan kandungan berkualiti dengan harga milik semua.

“Saya sendiri menggunakan TrullyCaffe disamping mengekalkan gaya hidup sihat dalam mencapai penampilan fizikal yang diinginkan,” kongsinya.



Fazura ada prinsip dalam bisnes


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button