Bapa mengaku salah tumbuk, tendang anak

Bapa mengaku salah tumbuk, tendang anak

Bapa mengaku salah tumbuk, tendang anak
Mohamad Zairi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 12 tahun pada minggu lalu. – Foto Bernama

GERIK: Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak kandungnya dengan menendang dan menumbuk mangsa yang berusia 12 tahun, minggu lalu.

Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak lelaki itu di sebuah rumah di Jalan Pasir Buaya, Kampung Perah di sini pada 5 petang, 29 Oktober 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya dan boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum jika sabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya, Nor Atiyah Shafiee memohon tarikh baharu bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan menawarkan jaminan RM5,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Murni Che Mood yang mewakili duda dua anak itu memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang berpendapatan tidak tetap, perlu menanggung anak dan ibu bapanya.

Majistret Savinder Singh membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November untuk sebutan semula kes.

Pada 30 Oktober, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung semasa berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Perah, pada petang 29 Oktober.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitenden Zulkifli Mahmood memaklumkan siasatan awal mendapati suspek bertindak menumbuk dan menendang belakang badan kanak-kanak itu, serta melibas sebilah parang yang berada di tangannya dan hampir mengenai mangsa. – BERNAMA



Bapa mengaku salah tumbuk, tendang anak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button