Asingkan pusat karaoke, spa dari perumahan, sekolah
Oleh – Syeikh Baran
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digesa untuk melaksanakan kaedah pengezonan khususnya melibatkan premis perniagaan berbentuk hiburan seperti spa, karaoke dan lain-lain.
Menurut beliau, langkah sedemikian turut disokong polis kerana memudahkan mereka untuk membuat pemantauan dan sebagainya.
“Beberapa tahun lalu di Kulai, kita berdepan satu masalah apabila premis spa beroperasi di kawasan berhampiran perumahan dan kampung-kampung, jadi banyak aduan diterima daripada penduduk.
“Bagi melakukan penambahbaikan, kita laksana kaedah ‘zoning’ dengan mengumpulkan premis-premis sedemikian untuk beroperasi di kawasan tertentu. Maksudnya premis spa dan karaoke tidak beroperasi secara bersepah di kawasan perumahan, kampung-kampung atau berhampiran sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan SWM Environment untuk disalurkan kepada 750 keluarga B40 di negeri ini hari ini.