Fazley Yaakob Akui Banyak Tragedi Mistik Berlaku Dalam Rumah Tangganya

13 Kali Isteri Alami Keguguran

Fazley Yaakob Akui Banyak Tragedi Mistik Berlaku Dalam Rumah Tangganya

Fazley Yaakob Akui Banyak Tragedi Mistik Berlaku Dalam Rumah Tangganya
Fazley Yaakob Akui Banyak Tragedi Mistik Berlaku Dalam Rumah Tangganya

Kehidupan yang bahagia hingga ke akhir usia adalah impian semua manusia.

Tiada siapa pun yang merancang untuk gagal dalam perkahwinan yang dilaluinya. Tidak terkecuali ada yang beranggapan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengahari.

Demikianlah sebuah kehidupan berumah tangga yang sering kali ditimpa badai. Namun, sejauh mana ia mampu dihadapi dan ditangani dengan sebaiknya.



“Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami. Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu.”

Berbahas soal ini, demikian perkongsian penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang kembali mengimbau tragedi yang berlaku ketika majlis persandingannya dengan isteri, Datin Azrene Ahmad 17 tahun lalu.

Fazley Yaakob Akui Banyak Tragedi Mistik Berlaku Dalam Rumah Tangganya

 



Fazley menerusi Instagram mendedahkan, mereka juga melalui pelbagai peristiwa pelik dan insiden yang memeritkan sepanjang hampir dua dekad mendirikan rumah tangga.

“Satu perjalanan yang hebat. 17 tahun dengan empat anak bukan satu perjalanan yang mudah. Kami melalui pelbagai liku-liku hidup yang pedih, perit dan siksa dari awal perkahwinan sebelum tiba hari ini.

“Syukur kepada Allah, semua yang dicuba berjaya digagalkan. Tuhan tetap merahmati dan mengizinkan kita untuk bersama sehingga sekarang,” kongsinya.

Fazley sebelum ini juga pernah beberapa kali mendedahkan berdepan dengan pelbagai cubaan untuk meruntuhkan rumah tangganya malah isterinya pernah keguguran 13 kali selama hampir dua dekad berkahwin.



Dalam perkongsian sama, Fazley turut berterima kasih kepada isterinya kerana tetap setia dan kekal berkasih selama usia perkahwinan mereka.

“Terima kasih adik sayang, kerana menjadi sahabat baik, pasangan hidup yang paling memahami dan ibu kepada anak-anak kita yang hebat.

“Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 17 tahun dan selamat mendaki Everest Base Camp. Abang menanti kepulanganmu bersama anak-anak kita,” katanya.

Untuk info, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007.



Fazley Yaakob Akui Banyak Tragedi Mistik Berlaku Dalam Rumah Tangganya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button